Archive for February, 2012
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru
Sekali pengakap, selamanya berpengakap. Itulah kata-kata yang saya masih ingat lagi hingga hari ini, kata-kata cikgu pengakap saya yang pertama 22 tahun yang lalu. Kata-kata beliau membuatkan saya terus berminat untuk menjadi seorang pengakap hingga ke hari ini.
Walaupun sudah tidak seaktif dulu, saya sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa pengakap di Malaysia. Februari lalu, KSE Persekutuan Pengakap Malaysia telah melantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru iaitu YB Dato’ Dr Mohamad Shahrum bin Osman. Lantikan beliau berkuatkuasa 1 Januari 2012 – 31 Disember 2013 iaitu selama 2 tahun.
Pelaburan emas yang meragukan
Dari dulu lagi, kalau sebut pelaburan kita akan fikir keuntungan. Samada cepat atau lambat, itu yang membezakan sesuatu pelaburan itu mendapat sambutan hangat atau tidak. Tentu ramai lagi masih ‘terluka’ dengan penangan swiss cash dan seangkatan dengannya dulu.
Kini timbul pula pelaburan emas yang kadang-kadang menjanjikan pulangan yang lebih dari nilai sebenar. Memang tidak dinafikan, pelaburan emas akan memberikan keuntungan yang tinggi dan konsisten. Tetapi ia mengambil masa yang lama kerana kita tahu, harga emas tidak pernah turun malah semakin meningkat hari demi hari.
Kayuhan “Putrajaya Interpark Ride”
Hari ni saya dan rakan-rakan dari GP1Adventure Team menyertai kayuhan Putrajaya Interpark Ride di Putrajaya sempena Karnival “Wow! Putrajaya” Biasanya kami kayuh di Jamboree je. NI first time kami masuk event sebegini. best jugak tengok macam-macam jenis basikal mengayuh bersama-sama.
Kalau masuk jamboree MTB dah tentulah basikal jenis MTB je ada. Kali ni, fixie ada, MTB ada, roadbike ada, basikal yang boleh lipat tu pun ada..
tak tau plak basikal ni orang panggil apa.
Keseluruhannya event ni memang enjoy sebab treknya kebanyakan on road. cuma ada sedikit offroad dan laluannya tidak sesukar trek di jamboree. Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan event ini yang akan dicatatkan di dalam The Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan teramai berbasikal secara riadah di Putrajaya. (more…)
Siapa saya
Dari dulu lagi ramai yang bertanya, siapa pemilik blogcikgu.com ini.. Bukan nak berahsia.. Cuma saya ni seorang yang low profile dan pemalu..
hehehe…. Jadi saya ambil pendekatan biarlah rahsia..
Tapi sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya melalui emel, FB dan ada juga yang terkeliru tentang saya sebagai admin blogcikgu.com ini.
Apa yang saya post disini, kebanyakannya adalah berkaitan pendidikan. Samada berita, bahan pengajaran dan maklumat yang disampaikan oleh KPM serta agensi- agensi berkaitan pendidikan. Cuma kadang-kadang saya post tentang perkara-perkara yang saya alami dan berlaku disekeliling.
Blog ini adalah milik sepenuhnya saya, Wan Fakhrudin Yunus. Saya tidak pernah melantik sesiapapun untuk menulis di blog ini. Jadi, segala yang tertulis disini adalah nukilan saya kecuali saya nyatakan sebaliknya..
Sempitnya fikiran…
Tak sangka pula post saya sebelum ini menyinggung sesetengah orang. Kenapa? Salahkah apa yang saya katakan tempoh hari?
Salahkah jika saya katakan, saya sangat bencikan manusia berhati busuk ini.. Saya dah banyak kali terkena dan dah serik dengan manusia jenis ini. Jadi pendekatan saya, JANGAN LAYAN DENGAN ORANG YANG TERANG-TERANG BERHATI BUSUK…
Ada yang berpendapat, tidak salah jika kita berkawan jika niat kita untuk membimbing manusia ini. Besar ganjarannya jika kita dapat mengubah mereka.. Jika tidak berjaya, itulah risiko yang terpaksa ditanggung..
Najib bakal buat pengumuman adil, saksama bagi penjawat awam
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini, hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
“Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
