admin
(19 comments, 197 posts)
This user hasn't shared any profile information
Posts by admin
Latihan olahraga
Dah lama tak mengajar murid untuk olahraga. Biasa jadi pegawai teknik je masa kejohanan olahraga dan balapan. Tu pun jadi penolong pelepas. Tugas penolong pelepas nak kata susah pun tak, senang pun tak. Yang pasti penat. Kat mana pelepas pergi, ke situ la jugak kita kena pergi. Entah berapa kali kena pusing stadium dalam satu hari. Kalau stadium tertutup takpa la kan?
Tahun ni dah tahun ke-2 saya tidak terlibat dengan kejohanan olahraga. Kalau dulu kejohanan olahraga di Stadium Nasional Bukit Jalil, rasa jugak nak pergi. Kat situ memang selesa.
Tapi semenjak kejohanan ni diadakan di Stadium Mini Sri Permaisuri, mood nak jadi pegawai teknik tu hilang. Bukan sebab tempat tu tak segah dan seglamour SNBJ. Tapi faham-faham jela kan.. Kalau tak faham buat-buat la faham.
Senarai zon A, B dan C untuk elaun cola
Ramai pula yang mencari zon-zon cola selepas DS Najib mengumumkan kenaikan elaun tersebut tadi. Berikut maklumat zon tersebut;
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kawasan A meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya dan Johor Bahru.
Kawasan B meliputi Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar, Alor Star, Kulim, Langkawi, Sungai Petani, Kota Bharu, Alor Gajah, bandar Melaka, Nilai, Port Dickson, Seremban, Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping, Teluk Intan, Bentong, Kuantan, Temerloh, Kangar, Kemaman dan Kuala Terengganu.
Kawasan C rangkumi kawasan-kawasan selain daripada Kawasan A dan Kawasan B.
Bilangan online teramai di blogcikgu.com
Gara-gara SBPA dibatalkan hari ini, blogcikgu.com mencatat sejarah tersendiri. Ye la… Blog biasa je.. Biasanya paling ramai pun 30 orang je online pada satu-satu masa.
Lembah Klang banjir lagi
Seperti biasa, kalau hujan lebat di KL, banjir kilat pasti berlaku. Hujan lebat dan berterusan hari ni sekali lagi menyebabkan banjir kilat di kebanyakan tempat di KL.
Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Lembah Klang
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) — Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.
SBPA batal!!! Updated
Updated 8 Mac 2012
SSM dikekalkan dan ditambah baik.
SBPA dibatalkan
Pelarasan gaji
Gred 1-54 : 13% . Antara RM80- RM320 mengikut gred
Gred utama dan gred khas C, B serta A : 8%
Turus III dan II : 8%
Turus I dan KSN : 7%
Sistem Time based dikekalkan.
Download teks penuh ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri Pada 08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya
Najib Umum Batal SBPA, Penjawat Awam Kembali Kepada SSM Yang Ditambah Baik
PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini
.
7 Mac 2012
Macam-macam maklumat yang saya dengar. Yang terbaru, dengar kata SBPA akan dibatalkan dan penjawat awam akan kekal bersama skim SMM. Takkan kot?? Setelah berkali-kali bermesyuarat.. SBPA dibatalkan?
Lagi satu, kenaikan gaji juga berubah. Mereka di gred 52 ke bawah naik 13% dan gred 52 ke atas 7%. Betul atau tidak.. Tunggu jela pengumuman rasmi oleh DS Najib.
