perkongsian

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Standard Guru Malaysia, sila klik disini

Lagi langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jenayah

Hari ini sekali lagi saya kongsikan tentang cara untuk mengelakkan jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda semua.

 

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama …).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Dokumen Standard Prestasi KSSR

Kali ni, saya akan berkongsi pula  tentang standard prestasi. Dokumen ini adalah sebagai panduan kepada guru-guru semasa menjalankan penilaian kepada murid-murid yang terlibat dengan KSSR serta bagaimana untuk memasukkan markah di dalam Aplikasi SPPBS secara online.

 

i. Falsafah Pendidikan Negara KLIK DI SINI
1. Pendahuluan KLIK DI SINI
2. Tafsiran KLIK DI SINI
3. Kerangka Standard Prestasi KLIK DI SINI
4. Tafsiran Band KLIK DI SINI
5. Dokumen Standard Prestasi
Bahasa Malaysia SK KLIK DI SINI
Bahasa Malaysia SJKC KLIK DI SINI
Bahasa Malaysia SJKT KLIK DI SINI
Bahasa Inggeris SK KLIK DI SINI
Bahasa Inggeris SJKC KLIK DI SINI
Bahasa Inggeris SJKT KLIK DI SINI
Bahasa Cina SK KLIK DI SINI
Bahasa Tamil SK KLIK DI SINI
Bahasa Arab KLIK DI SINI
Matematik KLIK DI SINI
Pendidikan Islam KLIK DI SINI
Pendidikan Moral KLIK DI SINI
Pendidikan Jasmani KLIK DI SINI
Pendidikan Kesihatan KLIK DI SINI
Dunia Sains dan Teknologi KLIK DI SINI
Dunia Muzik KLIK DI SINI
Dunia Seni Visual KLIK DI SINI
Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi KLIK DI SINI
Bahasa Iban KLIK DI SINI
Bahasa Kadazandusun KLIK DI SINI

sumber: http://www.moe.gov.my/lp/

Teks Perutusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun kemerdekaan Negara ke-54 Tahun 2011

TITAH

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD

AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN

KEMERDEKAAN NEGARA

KALI KE-54

Bismillahir Rahmannir Rahim, Al-hamdulillahi Rabbil „Alamin, Wabihi Nasta‟in.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera. Beta memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke- 54 pada tahun ini. Pada hari yang penuh bersejarah ini, Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Beta yang telah berjaya mengekalkan kemerdekaan, kemakmuran dan kesejahteraan negara yang tercinta ini.

2. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan kini di ambang negara maju serta dikenali di peringkat antarabangsa,

faktor-faktor seperti kestabilan dari sudut politik, ekonomi dan sosial perlu kita kekalkan. Lantaran itu, beta ingin menyeru seluruh rakyat beta agar suasana harmoni dan perpaduan yang kita kecapi selama ini, terus dikekalkan agar keamanan dan kesejahteraan negara tercinta ini akan terus dinikmati. Seluruh rakyat jelata perlulah berganding bahu dan saling memahami dengan mengenepikan kepentingan diri tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Hal yang demikian, dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

3. Sejarah perjuangan tokoh-tokoh tanah air perlu kita sanjung dan hargai. Malah, rakyat kini perlu mencontohi perjuangan mereka yang berwawasan kerana kemakmuran negara pada hari ini adalah hasil daripada titik peluh mereka. Namun begitu, kemerdekaan yang dikecapi telah dapat dikekalkan hasil kerjasama dan kesetiaan seluruh rakyat jelata, khususnya Pasukan Keselamatan. Justeru, pada detik bersejarah ini, beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Keselamatan.

4. Sehubungan dengan ini, Beta berharap murid-murid dapat menanam semangat juang yang kental bagi mempersiapkan diri mempertahankan bangsa dan negara pada hari muka. Lantaran itu, generasi muda pada hari ini harus mampu menangkis segala ancaman yang cuba merencatkan keharmonian negara. Mereka perlu bertanggungjawab memastikan nikmat kemerdekaan seperti kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran akan terus dinikmati sehingga ke generasi akan datang.

5. Rakyat juga perlu berbangga menjadi warganegara Malaysia yang hidup aman dan makmur walaupun rakyatnya yang hidup berbilang kaum tetap mengamalkan sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat sesebuah negara yang mempunyai perasaan sentimen dan prejudis kaum dalam kehidupan mereka telah menyebabkan negara mereka menjadi hancur dan berada dalam keadaan kucar kacir. Oleh yang demikian, Beta berharap seluruh warganegara sentiasa mementingkan perpaduan

antara kaum agar keamanan dan kesejahteraan negara akan terus terjamin. 6. Beta berharap demi kelangsungan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, rakyat perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan prihatin dalam melaksanakan tugas masing-masing. Pemimpin perlu sedar akan peranan dan kepimpinan mereka untuk membawa kesejahteraan. Beta juga berasa bangga kerana parti-parti politik yang telah dipilih untuk membentuk Kerajaan pada hari ini, telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang terpikul pada bahu mereka dengan penuh komited. Dengan ini, Beta amat bersetuju dengan gagasan 1Malaysia- Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Oleh hal yang demikian, semua pihak hendaklah berfikiran matang, rasional dan berintegriti agar dapat menyokong kepimpinan yang membawa kepada kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

7. Sebagai warganegara yang merdeka, semangat jati diri dan kekitaan yang tinggi perlu ada demi mendaulatkan perlembagaan dan undang-undang negara. Walau dari pelosok mana kita datang, walau dari etnik dan keturunan mana kita dilahirkan, walau apa anutan agama, kita masih mempunyai kesamaan, iaitu menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara yang sama. Sikap ini akan menjadikan kita, satu bangsa yang bermaruah dan sentiasa dipandang tinggi, dihormati dan disegani di peringkat antarabangsa. Malah, kedaulatan negara dapat dipertahankan daripada anasir-anasir yang cuba mengganggu-gugat.

8. Usaha-usaha ke arah melahirkan generasi muda berilmu dan berkemahiran perlu dipertingkatkan lagi selaras perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa ini. Para pendidik perlu melahirkan generasi muda yang dapat memanfaatkan ilmu ICT agar dapat melahirkan modal insan berkualiti yang mampu membangunkan negara. Oleh itu Beta berharap segala kemudahan ICT yang disediakan oleh Kerajaan

dapat dimanfaatkan secara optimum dan bijaksana. Dalam hal ini, objektif pendidikan hendaklah dihayati sepenuhnya bagi mengelakkan segala gejala negatif . 9. Pembentukan sahsiah yang baik dapat dihasilkan menerusi didikan agama dan moral. Beta yakin, didikan ini mampu melahirkan modal insan yang berakhlak dan berfikiran rasional. Justeru, Beta menyeru seluruh warga pendidik memberikan perhatian terhadap didikan agama dan moral dalam kalangan murid. Hal ini kerana menjadi satu tanggungjawab besar guru-guru melahirkan remaja yang berjiwa murni dan bertanggungjawab.

10. Seterusnya, bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Beta menyeru seluruh rakyat jelata sama ada pemimpin atau rakyat biasa memupuk semangat kekitaan, satu bangsa dan satu negara. Menerusi semangat ini, kita dapat menghindari rasa tidak puas hati, sentimen perkauman dan prejudis. Sebaliknya, rasa cinta

kepada negara akan tersemai dan sebati dalam jiwa rakyat jelata. Inilah senjata untuk kita menghadapi petualang yang ingin menghancurkan negara. 11. Pada masa yang sama, konsep wasatiah ataupun bersederhana perlu diamalkan dalam semua aspek kehidupan. Kesederhanaan dalam segala aspek akan menjadi kunci kepada kejayaan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum. Menerusi sikap bersederhana, segala urusan dapat dilaksanakan tanpa mengundang sebarang konflik.

12. Pada hari yang bersejarah ini, Beta ingin menzahirkan harapan agar Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baharu (ETP) dapat direalisasikan dengan jayanya. Oleh itu Beta menyeru, semua pihak berganding bahu dan bersama-sama mengembleng tenaga bagi mencapai matlamat ini. Beta percaya,

melalui kesepakatan dan kerjasama ini akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara. 13. Bersempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54, Beta menyeru pendidik dan murid-murid supaya menghayati erti kemerdekaan. Tingkatkanlah semangat patriotisme dengan menjunjung Perlembagaan demi menjaga kedaulatan negara tercinta. Marilah hayati pepatah “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung”. 14. Akhir titah, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. “1Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.”

Sekian ,, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

 

sumber : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2150

Download bahan dan maklumat KSSR tahun 2 2012


Elemen Merentas Kurikulum – (Kemaskini Jun 2011)

Bahan Taklimat KSSR Tahun 2 – (Kemaskini Jun 2011)

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Malaysia Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Inggeris Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SJKC) Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SJKT) Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Matematik Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Jasmani Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Kesihatan Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Islam Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Pend. Moral Tahun 2 hot!

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Visual Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Seni Muzik Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Dunia Sains & Teknologi Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Arab Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Cina (SK) Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Tamil (SK) Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Iban Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Bahasa Kadazan dusun Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pendengaran Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Penglihatan Tahun 2

Dokumen Standard Kurikulum dan Bahan Sokongan Kurikulum Masalah Pembelajaran Tahun 2

 

Untuk makluman, semua Dokumen Standard Kurikulum (DSK) KSSR di halaman ini adalah dalam bentuk DRAF. Terdapat kemungkinan akan berlaku pindaan pada dokumen berkenaan dari semasa ke semasa. Oleh itu cikgu-cikgu / tuan / puan boleh terus ke laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) disini dan di sini.

sumber: http://www.moe.gov.my/bpk

 

TEKS PERUTUSAN KPPM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-54 TAHUN 2011

PERUTUSAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-54
TAHUN 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 dengan penuh kebanggaan. Dengan nikmat kemerdekaan ini, kita berjaya memajukan negara dan menempa pelbagai kejayaan sebagai bangsa yang merdeka. Kini, Malaysia telah membangun dengan pesat serta mendapat pengiktirafan dunia sebagai sebuah negara yang paling maju dalam kelompok negara-negara membangun.

2. Namun begitu, perlu kita insaf bahawa kemerdekaan yang dikecapi ini adalah hasil perjuangan wira-wira negara. Oleh itu, menjadi suatu kemestian kepada kita, khususnya generasi muda memajukan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni bagi mengupayakan kita memelihara dan mengisi kemerdekaan ini. Yang lebih penting ialah kita mampu mempertahankan kemerdekaan negara ini daripada anasir-anasir jahat yang cuba untuk menjejaskan kesejahteraan negara.

Warga pendidikan yang dikasihi,

3. Bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini, 1Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera saya menyeru semua warga pendidikan berazam untuk membuat anjakan paradigma ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, mempunyai sahsiah diri terpuji serta jati diri yang teguh untuk menjadi insan berkualiti yang dapat menjana kecemerlangan dan memberi sumbangan kepada diri, keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu, marilah kita berubah ke arah yang lebih positif untuk kebaikan bersama-sama.

4. Kemerdekaan yang dikecapi kini dapat dikekal melalui perpaduan kaum menerusi konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. 1Malaysia adalah satu gagasan yang memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi menjamin kestabilan, melonjakkan kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain, 1Malaysia merupakan satu formula untuk memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai dan dapat diterapkan ke dalam sanubari rakyat serta diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

5. 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Teras perpaduan ini didukungi oleh nilai-nilai murni yang dititikberatkan dalam sistem pendidikan negara. Semoga usaha ini dapat menjadikan nilai-nilai murni akan mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

Warga pendidikan yang dirahmati,

6. Murid-murid patut berusaha untuk meningkatkan amalan saling menghormati dan berbudi bahasa dalam menjalingkan hubungan sesama rakan. Manakala para guru perlu lebih komited terhadap peranan mereka untuk membentuk perpaduan di negara ini. Oleh itu, para guru dan murid perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam usaha untuk merealisasikan perpaduan di negara ini terus mantap dari masa ke semasa.

7. Nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ilmu, budaya inovasi dan kebijaksanaan haruslah diperkasakan di sekolah. Usaha ini untuk menjana transformasi bagi melahirkan masyarakat dinamik yang akan memacu kemajuan negara. Malah, nilai-nilai aspirasi ini akan mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Seterusnya dapat membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

8. Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia, merupakan organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan negara. Justeru, kementerian ini sentiasa komited bagi memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang kokurikulum. Antara langkah yang diambil bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka diperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan. Tujuannya adalah untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Melalui kegiatan ini, murid bukan sahaja dapat menambah ilmu dan kemahiran malahan dapat meningkatkan kemahiran sosial dan daya kepimpinan mereka. Saya berharap dasar ini akan diberikan perhatian serius oleh semua pihak dan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

9. Seterusnya warga pendidik diharap dapat berusaha mempraktikkan budaya kerja yang efektif dan mengamalkan cara berfikir secara rasional. Apabila berfikir secara rasional, sesuatu tindakan yang diambil akan memberi kebaikan kepada diri sendiri, organisasi dan negara. Gunakanlah ilmu pengetahuan dan akal yang bijak untuk kita melaksanakan segala tanggungjawab, peranan dan tugas dengan berkesan. Janganlah bertindak membuta tuli kerana ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.

Warga pendidikan sekalian,

10. Akhir kata, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menghayati tema Hari Kemerdekaan ini, `1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’ dan memperkasakan tekad untuk menempuh segala rintangan bersama-sama di negara yang kita cintai ini.

MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA…
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh

sumber: http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2145

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top