Uncategorized
Intipati Pelaksanaan SBPA
NOTA MAKLUMAN MEDIA
SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA –
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
Aduan terhadap penyalahgunaan bahasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
Ramai yang tidak tahu, kita boleh membuat aduan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap penyalahgunaan Bahasa Malaysia. Yang bagusnya, kita akan diberikan ganjaran/saguhati jika menepati syarat DBP. Program ini dikenali sebagai “Pantau Tegur Bahasa”
Pantau Tegur Bahasa ialah kemudahan yang disediakan untuk menyalurkan maklumat tentang perkembangan dan kesalahan penggunaan bahasa kebangsaan secara dalam talian kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tujuan (more…)
SK Kampung Jawa kini dikenali SK Tan Sri P Ramlee
GEORGETOWN: Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa kini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tan Sri P Ramlee.
Perasmian pengisytiharan penukaran nama sekolah itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.
Yang Dipertua Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff ketika berucap pada majlis itu, berkata nama P.Ramlee diabadikan sebagai memperingati tempat Allahyarham seniman agung itu memulakan persekolahan dengan memasuki ‘darjah sekerat’ iaitu pendidikan pra sekolah ketika itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Menamakan Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee berkata satu tabung yang dinamakan Tabung dan Biasiswa Tan Sri P.Ramlee akan diwujudkan untuk kegunaan murid sekolah itu yang berminat meneruskan pengajian dalam bidang muzik.
“Tabung dan biasiswa ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Tan Sri P.Ramlee dalam bidang seni khususnya muzik,” katanya. – BERNAMA
Beringat sebelum kena – taktik terbaru penjahat (sila sebarkan)
Saya mendapat mesej ni dari seorang kawan di facebook. Betul ke tidak, itu saya tidak pasti. Tapi apa salahnya kalau kita beringat sebelum kena kan….
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!
Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti
Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!
