‘Interlok’ – Buku sastera tingkatan 5 ditarik semula
KUALA LUMPUR: Penarikan buku teks sastera Tingkatan Lima bertajuk “Interlok” yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India, dibuat selepas perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata Biro Pengaduan Awam (BPA) menerima banyak aduan mengenai beberapa perkataan sensitif dalam buku itu, dan selaku Pengerusi BPA, beliau berpendapat tindakan segera perlu diambil. “Saya sebagai Timbalan Menteri, memanggil Kementerian Pelajaran, DBP, serta semua yang berkaitan hadir dan berbincang, dan kami telah membuat keputusan secara musyawarah. “Saya tidak boleh memberi sebarang keputusan, cuma saya boleh mencadangkan tindakan yang boleh diambil, dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan itu adalah Kementerian Pelajaran,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini ketika mengulas surat pembaca yang tersiar di sebuah akhbar berhubung pengumumannya mengenai penarikan buku itu pada 15 Disember lalu.
Pembaca yang dikenali sebagai M. Hanafiah A. Samad dari Muar, Johor itu menyifatkan tindakan Murugiah sebagai melatah dan berpendapat pengumuman berkenaan sepatutnya dilakukan Kementerian Pelajaran.
Murugiah berkata isu penarikan buku berkenaan sudah disalah tafsir dan berharap ia tidak terus diperbesarkan kerana bimbang mencetuskan masalah.
“Orang salah tafsir benda ini, sebab itu saya mahu jelaskan. Dia bagi tahu dalam ini (surat pembaca), beliau menulis berdasarkan kajian sejarah dan pengalamannya, saya faham, tapi ini bukan buku sejarah, ini buku sastera.
“Apabila buku sastera, dia boleh tukar bahasa-bahasa tertentu, atas dasar itu kita mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan terpulang kepada mereka, kalau mahu kekalkanpun, boleh kekal, tapi mereka ambil cadangan BPA (untuk tarik balik),” katanya.
Buku “Interlok” karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, telah dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima, sebelum ditarik balik pada 15 Disember lalu.
Ia didakwa mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis di beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan kaum India. – BERNAMA
Facebook comments:
This entry was posted by admin on December 20, 2010 at 6:13 pm, and is filed under perkongsian. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
-
-
Konflik ini terjadi kerana terdapat “mereka-
mereka” yang tidak faham dengan Bahasa
Malaysia kerana bersekolah di sekolah rendah
jenis kebangsaan dan kurang fasih berbahasa
Melayu.
Bagi bersekolah di sekolah jenis kebangsaan
tetapi fasih dan memahami bahasa Melayu
mungkin tidak terjadi konflik seperti ini.
Interlok perlu dijadikan bahan bacaan agar dapat
menjadi teladan dan panduan kepada generasi baru Malaysia
memupuk semanagat cintakan negara.-
Hai, kawan
ada baca tak Thestar paper dimana seorang pensyarah komen tentang interlok. Memang dari segi ilmiah tak da masalah. tetapi dia kata jika satanic verses diharamkan sebab yang sama pelru di aplikasikan kepada interlok.
saya nak tambah sikit . sensetiviti kaum adalah hak mereka sendiri. siapa kita untuk menetukan sensitiviti kaum lain.-
betul, siapakah kita untuk mengutuk mana mana kaum, lagi lagi dengan menggunakan medium suci seperti ilmu, saya rasa , kalau agama atau buaday atau bangsa kita dicaci org lain lagi lagi org barat, pandai kita marah, tapi bila kita sendiri maki sesama sendira bukankah itu lagi memalukan dan salah? buku ini lebih baik deharamkan supaya kita semua hidup aman…
itu baru semangat 1MALYSIA
-
-
True. In fact in a multi racial country like OURS…….these kind of issues being published and mainly in education is certainly not accepable. Moreover the respect towards another cultures are should be strained in detail for not making it a issue. What do you mean by “mereka -mereka”. Even in your comment you are not straight forward, then how do you expect students who reads and analise this book would have broad minded. It is not the adverse reaction is the main point but the gists of the discussion. So please do not over look at the feed back than making it a respectful and useful knowledge as this has been a part of the education.
-
‘ WAWA ‘ maaf, saya rasa agak kurang ajar la, kenyataan x faham bahasa nie..terasa sakit hati dgn kata-kata itu walaupun saya di SK dan fasih berbahasa melayu!! sama ada SJK atau SK bkn isunya sekarang..x semestinya di SJK x faham, malah ade yang lebih baik dari mereka yang di SK!! bila nak bertulis jgn nak main tulisnya….
-
Kalau nak dijadikan teladan sebut aje cina ke india ke melayu ke… ataupun cindian ke.. kenapa nak ungkit p…… nak belajar sastera apa ni ….. ? kalau nak belajar sejarah sistem kasta lainlah ceritanya.. Kalau nak sampaikan mesej biar betul jangan membabi buta. Banyak fakta yang tak betul bahkan nak sampaikan mesej jadi sosej pulak………….
-
-
Mana ada unsur perkauman pun. Org yg duk ckp ada unsur perkauman tu org yg fikirannya cetek…baca buku tu pun tak habis, mcmmana nak faham apa yg buku tu sampaikan. Buku tu cerita pasal mcmmana integrasi 3 kaum membangunkan negara ni.. Tu la dia org2 yg protes tu, org suruh belajar bahasa melayu betul2, taknak.. akhirnya jd la mcm ni..salah faham sana, salah faham sini..adedeii…
-
maaf..saya tak belajar sastera..br dgr td sasterawan negara tu dok kata..hai dh 50 tahun..br ni nak komplen..sy rasa orang kita ni duk cepat sgt melenting..namapun sejarah…kita mesti tahu sejarah..sebab tu bdk sekarang byk yg dah besar kepala…psl tak baca sejarah………..mana peribumi, mana yang dikatakan mendatang….jgn ungkitkan sejarah..memang itulah sejarah…tapi ambik iktibar..bahawa dari sejarah tercipta sesuatu yang perlu di baiki…..
-
Menghina itu syaitan lah. kamu ikut ajaran apa untuk menimba ilmu.
sejarah di dah lama terpesong. sejarah sudah lama diedit untuk dijadikan sumber motivasi rakyat Malaysia. Ini pula ada Najis pula ditabur oleh Yang digelar sasterawan untuk dinikmati. yang peliknya ada yang cakap sedap selepas menikmatinya. Yang senyum atas penderitaan orang lain adalah syaitan. baik rujuk dengan pakar agama.
-
-
-
-
-
Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah? Terkini atau yang asal. Yang difahamkan kita memang sudah jauh terpesong dari sejarah asal. Jadi dari mana datangnya soal kepahitan dan “konsep pemahaman”? Kita bukannya berada di zaman batu untuk menelan sebulatnya segala yang dikatakan sebagai SEJARAH yang harus diterima walaupun ianya PAHIT. Meraka yang berpengetahuan jauh mengenai sejarah akan lebih memahami dan mendalami tentang aplikasi kosa kata dalam novel tersebut.
-
-
Dear all Malaysian,
For your kind info this INTERLOK novel’s title itself is adapted from a English word “INTERLOG”.By the way even i do agree students from SJK cant speak Malay language as good as SK students, but the SJK students do speak fluent ENGLISH and many languages rather than their mother-tongue compard to those from SK and espsecially from the kampung…Those who practise speaking malay itself cant use 100% malay to speak, where adapting word such as I, YOU,HANDPHONE, HELLO and so on why are the malay speaker practise SAYA, AWAK,TELEFON BIMBIT,SALAM SEJATERA while answering phone calls….
COMMENTING AND HARRASING RIGHTS AND CULTURE OF OTHER RACES IS NOT PRACTISED IN ANY RELIGION…TO THOSE WHO CANT UNDERSTAND MY ENGLISH HERE, PLEASE USE GOOGLE TRANSLATOR TO TRANSLATE IT.(SILA MENTERJEMAHKAN BAHASA ENGLISH SAYA JIKALAU ANDA TIDAK FAHAM ENGLISH.)HAVE A NICE DAY -
Well done Plattronics. Satu pengetahuan yg amat bermakna buat Wawa. I setuju ramai dr SJK yg tahu byk bhs dr SK. Malah yg dr SK, BM pun byk yg x tahu, masih tercari-cari makna dlm Kamus Dewan Bhs. tlg ye jgn memandang rendah SJK. Skrg kita pertikaikan ttg buku T5 yg menyentuh isu perkauman. Walaupun bhs sastera, ramai yg blh fhm, ia menyinggung perasaan org lain. Perlukah kita buku yg menyentuh sensitiviti perkauman. Walaupun sejarah, ttpi fikirkan dulu siapa asal usul bumiputera negara ini. Skrg kita nak btk 1M bkn menimbul’n isu perkauman. Adakah pembtkkan 1M akan berjaya jika sering nak menyakitkan hati org lain.
-
-
Hahahaha! Apa itu Melayu Cina India? Yang aku dan kawan-kawan aku tahu di Malaysia ini hanya ada SATU bangsa sahaja ~ Bangsa Malaysia. Kalau ada yang merasakan diri mereka berbangsa selain daripada Bangsa Malaysia, sila berkumpul dalam satu sampan atau tongkang, bikin negara sendiri di mana-mana pulau yang ada. Untuk pengetahuan kamu, aku lahir dalam perpaduan, tanpa prejudis, tanpa memperbodohkan satu sama lain. Maaf jika aku berbahasa Malaysia, dan kamu tidak memahami, kerana aku bangga dengan bahasa ini.
-
isu sastera menjadi isu perkauman……
apa la yg nak jadi pada negara kita ini menjelang wawasan 2020 jikalau rakyat negara sendiri bermusuhan antara satu sama lain???
I tottaly agree with Chonne’s comment, we as a malaysia should be proud to born in malaysia and nt to be shame or harrasing others culture
jus bcoz of some minor ppl in this community hu is commenting and harrasing others by sayin SJK students cant speak gud malay language, others hu appreciate students hu can speak other languages thn their own mother-tongue are also being accused here
Kita hidup disini sebagai bangsa 1 Malaysia yang aman, makmur dan maju, bukannya sebagai bangsa Melayu, Cina mahupun India y7ang berkelahi satu sama lain
-
-
SAYA INGIN MENYATAKAN BEBERAPA PENDAPAT DI SINI YANG MENYATAKAN BAHAWA PELAJAR DARI SRJK(T) KURANG FASIH BERBAHASA MELAYU. KENYATAAN INI TIDAK BETUL SAMA SEKALI. HAL INI KERANA KEPUTUSAN SPM PADA SETIAP TAHUN DI SEKOLAH SAYA CEMERLANG DISEBABKAN OLEH PELAJAR INDIA DAN CINA. MEREKALAH YANG PALING RAMAI MENDAPAT ‘A’ DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU. SEBENARNYA, MEREKA BELAJAR BAHASA MELAYU LEBIH TEKUN BERBANDING BANGSA KITA. KITA PERLU MENERIMA KENYATAAN INI DENGAN IKHLAS. KALAU TIDAK, BERDOSALAH KITA SELAMA-LAMANYA. JADI, JANGANLAH MENGUNGKITKAN ISU-ISU SENSITIF KAUM LAIN DALAM PENULISAN LAGI.
-
hai wawa…
kasihan u…
u nie jgn nak memandang rendah dgn semua org..
Tidak semestinya org bukan melayu tidak boleh membaca atau memahami bahasa malaysia.kamu yang berkata nie, datap semua A dalam PMR, SPM dan STPM ka? Saya dapat A..dan saya bukan Melayu..
Ini bukan isu perkauman..tetapi kemanusiaan. Apalah hak kita nak mengutuk orang lain. ?
tolong fikir sebelum bercakap.
-
-
1 mlysia,Ryk didahulukan pencapain di utamakan … kalau ini budaya yg di tunjukan. Sampai mati tak blh maju … ingat semua bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. Jangan biar sampai kuasa asing memerintah nagara kita seperti dahulu kala …
yang penting perpaduan antara kaum ..
saya tersinggung masih ada org yang tak bertamadun… -
interlok…apa yang cuba disampaikan oleh penulis?kemana perginya pihak pihak yang bertanggungjawab untuk meluluskan buku ini kepada pelajar…tidakkah mereka baca dahulu sebelum meluluskannya?sedangkan kita yang diluar sinipun tahu banyak yang tidak kena pada buku itu,takkan mereka yang dikatakan cerdik pandai disana tidak tahu mengenainya?ini bukan satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu saja kerana boleh menimbulkan kebencian orang ramai kepada pihak tertentu….jangan biarkan perkara ini berlarutan..ambil tindakan yang sewajarnya segera.1 malaysia jangan cuma jadi ungkapan yang cantik sahaja tetapi tiada membawa pembaharuan yang diharapkan.
-
waqhai,,buka mata lah sikit.. kalau kita meludah atas kenalah muka kita sendiri… tengoklah discovery channel yang sudah discover dari mana datangnya kita…. ada buktinya sekali….tak payah tengok 50 tahun saja…lihat ke 1000 tahun dulu…kalau nak cakap org tu pariaxxx, babxxx,
kata2 tu akan jadi kita sendiri tak kira u cikgu ke,polis ke atau ingat bertamadun tinggi….BUMIPUTRA datang nya dari bhs pariaxxx yg kita x boleh diketepikan….jgn jadi narrow minded.. -
#38 written by mohd haikal 1 year ago
-
Saya rasa penulis ini perlu memahami sesuatu isu dengan sedalam -dalamnya sebelum merunggai dalam penulisan beliau,saya rasa penulis interlog in kurang arif tetang stutur kemasyarakatan India.Sebab itu dia telah memberi fakta2 yang salah.Saya terbaca pandangan beberapa kawan yang berbangga ,mereka dari sek. sk tetapi tak tahu beza antara ugama dengan bangsa, kesihanlah.
-
-
Perkara seperti mengatakan bodoh, malas itu bukan melibatkan penghinaan kaum dan itu adalah perkara biasa… Tetapi yang berdasarkan india paraya adalah seperti mengutuk dan mencaci maruah keagamaan bangsa india….. Perkataan itu seperti menghina kaum india…Seperti yang dijelaskan sesebuah agama tidak mempunyai hak untuk menghina keperibadian agama lain…
-
-
#43 written by i am proud 2 b an indian 5 months ago
-
- Comment Feed for this Post

first kot dalam sejarah macam ni..