Sekali pengakap, selamanya berpengakap. Itulah kata-kata yang saya masih ingat lagi hingga hari ini, kata-kata cikgu pengakap saya yang pertama 22 tahun yang lalu. Kata-kata beliau membuatkan saya terus berminat untuk menjadi seorang pengakap hingga ke hari ini.

 

Walaupun sudah tidak seaktif dulu, saya sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa pengakap di Malaysia. Februari lalu, KSE Persekutuan Pengakap Malaysia  telah melantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang baru iaitu YB Dato’ Dr Mohamad Shahrum bin Osman. Lantikan  beliau berkuatkuasa 1 Januari 2012 – 31 Disember 2013 iaitu selama 2 tahun.

 

MAKLUMAT
Nama Mohamad Shahrum bin Osman, Y.B. Dato’ Dr.
Jawatan dalam Kabinet Tiada
Parti BN – UMNO
Parlimen P079
Kawasan Lipis
Negeri Pahang
No. Telefon 09-3121545
No. Fax 09-3121544
E-Mail lipis@parlimen.gov.my, p79lipis@yahoo.com
Alamat Surat-menyurat Lot 3, Tingkat 1, Annexe Centrepoint, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

sumber: Parlimen Malaysia

 

Facebook comments: