Rayuan ke Sekolah Berasrama penuh KPM 2012
Semakan tawaran ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh KPM bagi sesi 2012 telah dibuka mulai 14 Disember lepas sehingga 5 Januari 2012.
Pihak KPM telah membuka peluang kepada calon yang ingin membuat rayuan. Berikut adalah makluman dari KPM :
Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.
Capaian ke sistem SBPA di Kementerian Pelajaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/. Untuk memasuki sistem SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. (more…)
SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Cuepacs Mahu Temui Najib Isnin Ini Berhubung Opsyen SBPA
KANGAR, 15 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.
Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.
Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.
(more…)
SBPA – Tandatangan sebelum 30 Disember- KPPA
Tempoh Tandatangani Tawaran SBPA Tidak Akan Dilanjutkan: KP JPA
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) — Tempoh untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula esok sehingga 30 Disember ini tidak akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.
Menurutnya, jika tempoh itu dilanjutkan, ia tidak adil kepada penjawat awam yang menerima kenaikan gaji pada Januari atau yang telah mencapai gaji mati, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abu Bakar juga berkata tempoh masa yang diberikan untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya.
(more…)
SBPA lagi…
SBPA Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak – Ketua Pengarah JPA
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya diberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penjawat awam sendiri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata antara platform konsultasi ialah persatuan perkhidmatan awam, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
“Kita juga mengambil kira pengalaman dan masalah yang dialami oleh penjawat awam sendiri di peringkat agensi, misalnya soal gaji maksimum, kenaikan pangkat dan kenaikan gred… perkara ini semua kita kaji.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan perkara ini pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober. Sekarang Disember, esok kertas opsyen baru akan diedar, jadi ini bukan tindakan tergesa-gesa tetapi telah diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam program Dialog yang disiarkan RTM1 Rabu.