Cuepacs: Jangan Tandatangan Borang Opsyen Kosong
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Setiausaha Agung Cuepacs Loke Yim Pheng Selasa menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia merupakan dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan.
Beliau berkata penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.
Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan anggota gabungan Cuepacs, memberitahu Bernama pihaknya menerima aduan bahawa ada guru “dipaksa” menandatangani borang opsyen kosong.
“Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua-ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir,” katanya.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam telah diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada.
(more…)
Keputusan PMR Diumum Khamis
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.
– BERNAMA
7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT) Ditawarkan Ikuti Kursus Perguruan
PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) — Seramai 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan ditawarkan mengikuti latihan dan kursus perguruan mulai Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
Katanya, dari jumlah itu, seramai 4,433 GSTT akan mengikuti latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Februari, manakala selebihnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), bermula 9 Januari.
Beliau berkata mereka itu merupakan antara 13,184 GSTT yang telah berkhidmat sejak Jun tahun lepas dan diberikan keutamaan kerana memenuhi syarat, antaranya telah berkhidmat sebagai GSST lebih dua tahun serta berusia tidak lebih 35 tahun pada 31 Dis 2010.
“Kementerian Pelajaran memang memandang serius apa jua pandangan dan keluhan berhubung GSTT. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga Menteri Pelajaran turut begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh GSTT.
“Ini (pengumuman hari ini) menunjukkan komitmen dan janji Timbalan Perdana Menteri kepada 13,184 GSTT yang berkhidmat dalam Kementerian Pelajaran dan dikotakan oleh beliau sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Guru Sandaran di sini Isnin.
Daripada 13,184 GSTT, Wee berkata seramai 1,799 pula sedang mengikuti kursus dan latihan perguruan mod Kursus Dalam cuti (KDC) manakala 2,788 GSST pula tidak mengemukakan dokumen yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi mengikuti kursus perguruan dan mereka diberi tempoh sehingga Isnin depan (26 Dis) untuk membuat rayuan.
SBPA Skim Terbaik Berbanding Negara Lain
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa Januari depan adalah skim terbaik yang disediakan kerajaan untuk penjawat awam berbanding sektor awam negara lain.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Yeow Chin Kiong berkata antara kebaikan yang terdapat dalam skim berkenaan ialah penjawat awam bertaraf pencen tidak perlu membuat caruman sepanjang perkhidmatan selain diberi kemudahan perubatan di hospital kerajaan seumur hidup termasuk tanggungan mereka.
“Di negara lain, penjawat awam perlu mencarum kepada dana sepanjang perkhidmatan…kos perubatan pun mereka bayar sendiri atau beli insurans sendiri berbanding di Malaysia,” katanya pada program Ala Carte Pagi Bernama Radio24 Jumaat.
Beliau menjelaskan kerajaan menyediakan skim persaraan dan memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembayaran pencen kerana tidak mahu penjawat awam bimbang keadaan kewangan selepas bersara.
(more…)
Akhirnya Interlok ditarik balik
Novel Interlok Ditarik Sebagai Teks Komponen Sastera
MELAKA, 16 Dis (Bernama) — Kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.
Beliu berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya.
(more…)
Rayuan ke Sekolah Berasrama penuh KPM 2012
Semakan tawaran ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh KPM bagi sesi 2012 telah dibuka mulai 14 Disember lepas sehingga 5 Januari 2012.
Pihak KPM telah membuka peluang kepada calon yang ingin membuat rayuan. Berikut adalah makluman dari KPM :
Sukacita dimaklumkan talian e-rayuan dibuka kepada permohonan yang tidak berjaya dan ingin mengemukakan rayuan dari 14 Disember 2011 sehingga 4 Januari 2012.
Capaian ke sistem SBPA di Kementerian Pelajaran
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dicapai mulai 16 Disember 2011 hingga 31 Disember 2011, melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my ataupun melalui http://sbpa1.jpa.gov.my/opsyenmoe/ atau http://sbpa2.jpa.gov.my/opsyenmoe/. Untuk memasuki sistem SBPA Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan hanya perlu memasukkan:-
ID Pengguna: Sila masukkan No Kp anda
Katalaluan : Sila masukkan katalaluan anda sama seperti katalaluan HRMIS
Sekiranya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan tidak pernah menggunakan aplikasi HRMIS Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menggunakan No. Kp sebagai menggantikan ID Pengguna dan katalaluan untuk memasuki sistem SBPA. (more…)
SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.
Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.
“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.
Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Cuepacs Mahu Temui Najib Isnin Ini Berhubung Opsyen SBPA
KANGAR, 15 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.
Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.
Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.
(more…)
SBPA – Tandatangan sebelum 30 Disember- KPPA
Tempoh Tandatangani Tawaran SBPA Tidak Akan Dilanjutkan: KP JPA
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) — Tempoh untuk menandatangani surat tawaran Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula esok sehingga 30 Disember ini tidak akan dilanjutkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan misalnya akibat sakit atau berada di luar negara.
Menurutnya, jika tempoh itu dilanjutkan, ia tidak adil kepada penjawat awam yang menerima kenaikan gaji pada Januari atau yang telah mencapai gaji mati, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abu Bakar juga berkata tempoh masa yang diberikan untuk penjawat awam membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal kepada skim perkhidmatan yang lama adalah mencukupi untuk mereka membuat pertimbangan sewajarnya.
(more…)