SBPA lagi…
SBPA Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak – Ketua Pengarah JPA
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya diberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penjawat awam sendiri.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata antara platform konsultasi ialah persatuan perkhidmatan awam, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
“Kita juga mengambil kira pengalaman dan masalah yang dialami oleh penjawat awam sendiri di peringkat agensi, misalnya soal gaji maksimum, kenaikan pangkat dan kenaikan gred… perkara ini semua kita kaji.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengumumkan perkara ini pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober. Sekarang Disember, esok kertas opsyen baru akan diedar, jadi ini bukan tindakan tergesa-gesa tetapi telah diberi pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam program Dialog yang disiarkan RTM1 Rabu.
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012 di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Keluhan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Seramai 8,000 Guru Sandaran Mengeluh Kontrak Baru Membebankan
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Seramai 8,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengeluh dan merayu kerajaan mempertimbangkan semula kontrak perkhidmatan baru mereka yang dianggap membebankan termasuk perlu hadir di sekolah pada hari Sabtu dan Ahad.
Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak GSTT Shamil Nor berkata penukaran daripada “Kontrak Khidmat kepada Kontrak untuk Berkhidmat juga menghendaki guru berkenaan memulangkan semula perbezaan gaji yang telah diterima sejak bulan Oktober hingga Disember berjumlah RM 3,476 setiap seorang.
“Kontrak yang baru ini juga tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain perlu hadir di sekolah tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, sungguhpun tiada sesi pembelajaran atau gaji dipotong,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Pemuda UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Beliau juga berkata di samping itu kesemua mereka hanya dimaklumkan mengenai penukaran kontrak itu pada 10 Nov sedangkan kontrak ini telah berkuat kuasa pada 17 Okt.
(more…)
Cuepacs Bakal Buat Keputusan Penting Esok Mengenai SBPA
SUNGAI PETANI, 14 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan Cuepacs dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
“Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota Cuepacs negeri Kedah di sini, hari ini.
(more…)
Hab Pendidikan Bantu Pertumbuhan Pembangunan Sandakan
SANDAKAN, 13 Dis (Bernama) — Pengwujudan Hab Pendidikan Sandakan akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan pembangunan di daerah itu, kata Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain.
Katanya kawasan itu yang sebelum ini hanya satu perkampungan dan meliputi tanah milik persendirian kini telah berubah wajah.
Menurutnya selain bangunan universiti dan kolej, pembinaan kemudahan seperti jalan raya, elektrik, bekalan air dan sistem telekomunikasi juga dilaksanakan di kawasan itu.
“Hab Pendidikan Sandakan akan menyumbang kepada pembangunan daerah ini terutama di sekitar kawasan yang termasuk di bawah Dewan Undangan Negeri Sibuga dan Parlimen Libaran,” katanya ketika menyampaikan taklimat mengenai pembangunan Sandakan kepada peserta Kembara Media di sini Selasa.
(more…)
Tuanku Abdul Halim Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-14
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa Selasa, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin.
(more…)
Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.
OKtober lalu, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan 1 telah mengumumkan pemberian baucer RM200 kepada pelajar di IPTA/ IPTS, matrikulasi dan tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Download Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.
“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. (more…)
Intipati Pelaksanaan SBPA
NOTA MAKLUMAN MEDIA
SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
- INTIPATI PELAKSANAAN SBPA –
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
Maklumat terbaru SBPA bagi guru
Berikut adalah bahan taklimat berkaitan pelaksanaan SBPA yang telah ditaklimatkan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 7 Disember 2011
|
|
||
Sumber: http://www.pelajaranperak.gov.my/v2/