Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber: http://skpemanis1.com
Facebook comments:
-
#2 written by admin 1 year ago
-
-
salam cikgu; saya ingin bertanya mengenai kurikulum standart sekolah rendah 2011 ,masalahnya saya ada mempunyai seorang anak ditahap1 yg belajar kat usa kerana mengikut kami sekeluarga belajar kat usa,adakah pihak kem pelajaran menyediakan pembelajaran melalui online(untuk sukatan pelajaran baru atau penambahaikan sediaada ,saya memohon pendapat dan cadangan cikgu mengenai masalah ini,terima kasih .
-
-
-
salam 1 Malaysia,
Cikgu, baru baru nie saya membuat daftaran anak saya di sekolah kebangsaan tahun 1. Saya terkejut apabila mengetahui bahawa anak saya wajib mempelajari bahasa Arab bersama murid2 muslim. Persoalannya, apakah masa depan yang dilihat jauh sepenuhnya dan kepentingan bahasa ini untuk murid2 bukan Melayu. Adakah pihak kementerian membuat penganalisasi yang sewajarnya sebelum keputusan ini dilaksanakan. Adakah kementerian mendapatkan pendapat daripada kaum bukan muslim sebelum perlaksanaan ini. Dimanakah diletakan kepentingan dan pendirian kaum bukan Melayu, sama ada kepentingan mereka diberi kehormatan atau tercicir. Maaf sekiranya saya terlanjur kata… cuma memerlukan penjelasan yang sewajarnya…-
Hari Ram, saya setuju. sejauh ini, belum ada jawapan dari pihak KPM pun yang kanak kanak sekolah rendah wajib mempelajari bahasa lain selain bahasa Malaysia yang di ajar di sekolah. bukan anak bangsa lain sahaja yang tidak mengikuti bahasa arab, anak melayu muslim juga tidak mempelajarinya secara khusus. namun begitu, bagi kami pihak ibu bapa yang bekerja seharusnyalah rasa bimbang. kalau kata bagus, siarkan terang terangan. dan sebahagian cikgu pula janganlah ‘berlagak bagus’ tapi hampas!! kami bertanya mahukan penjelasan. kalau rasa2 tidak boleh beri jawapan, sila anjurkan persoalan kami ke saluran yang sepatutnya. ANTI CIKGU BIADAP
-
jangan buat serang hendap tak tentu pasal.fahamkan betuul….betul.kalau rasa cikgu hampas,ajar sendiri.atau hantar sekolah swasta.sekarang bukan lagi zaman masyarakat tak berilmu.semuanya boleh dicari dihujung jari,untuk mendapatkan maklumat.jangan suka menyalahkan,kerana KPM bukan terdiri dari orang bodoh.semua memikirkan yang terbaik untuk anak bangsa.kalau tidak kita tak pandai nak masuk halaman ini,kalau tak kerana ilmu yang diterima dan dibentuk oleh KPM dari zaman kita mula sekolah dulu.
-
-
-
-
-
-
Salam. soalan saya:
1.Di dalam sukatan pelajaran kssr sains terdapat kemahiran menaakul. Bolehkah pihak tuan memberikan cadangan bagaimanakah cara untuk guru menilai kemahiran menaakul ini. Adakah secara lisan (sesi soal jawap) atau secara lembaran bertulis?
2.Saya berpendapat adalah lebih baik jumlah waktu mengajar sains tahun 1 kembali kepada waktu lama iaitu 3 waktu. Dua waktu yang ada sekarang adalah tidak mencukupi untuk melatih p&P dan ditambah dengan pengajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi. Berdasarkan kebolehan murid tahun 1 yang masih diperingkat bertatih menyebabkan objektif pengajaran tidak tercapai. -
-
Semasa sekolah rintis, setiap sekolah rintis diberikan seorang guru pentaksir secara kontrak bagi menguruskan fail-fail pelajar dan membantu guru kelas dan guru matapelajaran menyediakan dokumentasi. Rintis pentaksiran adalah dari Jun 2009 hingga Dis 2009. Adakah pelaksanaan sebenar SPBS ini, memerlukan guru pentaksir setiap sekolah rendah?
-
#29 written by Ibu Prihatin 2 months ago
salam,
saya baru jer dapat result anak saya(tahun1) minggu lalu.tp apa yang saya harapkan hancur apabila melihat keputusan anak saya yang hanya mendapat band 2 ( no idea apa bendanya tu).saya tidak dapat berkata apa apa kerana selama ini saya hanya mengajar anak d rumah menggunakan kertas/buku soalan yang saya beli di kedai buku.Tetapi baru baru ini saya difahamkan penilaian adalah melalui pembelajaran di sekolah.kertas soalan peperiksaan sekolah pernah dikembalikan. Adakah panduan untuk ibubapa memantau sejauhmana pembelajaran anak-anak disekolah? Tq
-
Boleh saya bertanya berkenaan asas 4M. saya tidak berapa faham apa maksud ‘menaakul’. terima kasih.