Dari dulu lagi ramai yang bertanya, siapa pemilik blogcikgu.com ini.. Bukan nak berahsia.. Cuma saya ni seorang yang low profile dan pemalu.. :) hehehe…. Jadi saya ambil pendekatan biarlah rahsia..

 

Tapi sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya melalui emel, FB dan ada juga yang terkeliru tentang saya sebagai admin blogcikgu.com ini.

 

Apa yang saya post disini, kebanyakannya adalah berkaitan pendidikan. Samada berita, bahan pengajaran dan maklumat yang disampaikan oleh KPM serta agensi- agensi berkaitan pendidikan. Cuma kadang-kadang saya post tentang perkara-perkara yang saya alami dan berlaku disekeliling.

 

Blog ini adalah milik sepenuhnya saya, Wan Fakhrudin Yunus. Saya tidak pernah melantik sesiapapun untuk menulis di blog ini. Jadi, segala yang tertulis disini adalah nukilan saya kecuali saya nyatakan sebaliknya..

 

 

 

Facebook comments: