Posts tagged bahan kssr

Bahan KSSR Dunia Sains dan Teknologi

Dewan Bahasa dan Pustaka bukan sahaja menyedikan buku-buku teks dan buku-buku aktiviti untuk murid sekolah, malah mereka juga menyediakan bahan interaktif yang selari dengan penggunaan buku teks di sekoloah.

DBP telah menyediakan satu laman khas untuk panduan dan bahan dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi (KSSR). Walaubagaimanapun, setakat ini, hanya bahan untuk KSSR tahun 1 disediakan. Mungkin ia akan ditambah di masa depan.

Laman web ini telah disusun mengikut muka surat dan unit-unit tertentu, selari dengan kandungan dalam Buku Teks. Nota-nota yang terkandung dalam laman web ini terdiri daripada nota-nota tambahan bagi segmen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), serta aktiviti-aktiviti tambahan yang menarik minat guru dan murid.

 

- Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk ke web tersebut, Klik SINI

 

 

Muat turun maklumat dan bahan KSSR


Beberapa minggu kebelakangan ini, saya melihat ramai yang mencari maklumat dan bahan tentang KSSR di internet dan memasuki blog ini untuk mendapatkan maklumat tersebut. Ramai yang kecewa kerana hanya sedikit maklumat tentang KSSR yang ada di blog ini. Jadi, saya cuba mencari di google dan terjumpa web Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pahang yang mempunyai banyak maklumat tentang KSSR. Web ini juga sentiasa diupdate dengan maklumat berkaitan KSSR. Antara maklumat yang ada adalah:

1. Bahasa Tamil SJKT (Slaid Power Point)
2. Standard Kandungan Bahasa Tamil versi BM (doc)
3. KSSR Bahasa Cina Tahun 1 (Slaid Power Point)
4. KSSR Matematik (Slaid Power Point)
5. KSSR Pendekatan Moral (Slaid Power Point)
6. KSSR Pendidikan Kesihatan (pdf)
7. TMK Dalam Dunia Sains dan Teknologi (pdf)
8. Taklimat Umum KSSR Ver 3 (pdf)
9. Elemen Keusahawanan
10. Elemen TMK
11. Elemen Kreativiti dan Inovatif
12. EMK Dalam KSSR
13. KSSR Pendidikan Seni Visual

13. KSSR Pendidikan Seni Visual

Untuk memuat-turun bahan-bahan tersebut, sila klik disini

sumber: http://www.akademikpahang.edu.my

ATAU terus dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, SILA KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top