Posts tagged Baucer buku bajet 2012
Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.
OKtober lalu, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan 1 telah mengumumkan pemberian baucer RM200 kepada pelajar di IPTA/ IPTS, matrikulasi dan tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
Download Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.
“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. (more…)
Baucer Buku RM200 Tidak Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan.
Beliau berkata langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
“Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini.
Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.
– BERNAMA