Posts tagged baucer ipts

Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.

OKtober lalu, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan 1 telah mengumumkan pemberian baucer RM200 kepada pelajar di IPTA/ IPTS, matrikulasi dan tingkatan 6 di  seluruh Malaysia.

Download Garis Panduan Pemberian Baucer Buku RM200 Kepada Pelajar / Murid Tahun 2012.

“PEMBERIAN BAUCAR RM200 KEPADA PELAJAR IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK”

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. (more…)

Baucer Buku RM200 Boleh Digunakan Dalam Pengajian Tahun Depan

KOTA BAHARU, 27 Nov (Bernama) — Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi Pengajian tinggi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, boleh mula digunakan pada awal pengajian tahun depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab Rahim Md Noor.

Beliau berkata mekanisme untuk menentukan kaedah menukarkan baucer dengan buku untuk dimanfaatkan penuntut akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin tidak lama lagi.

Kira-kira 1.2 juta pelajar akan menikmati kemudahan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Kita Cakna Kerjaya Kolej Komuniti Malaysia 2011 di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Pengarah Kolej Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Prof Madya Kamarudin Kasim.

Ab Rahim berkata langkah kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada penuntut membuktikan kerajaan prihatin terhadap masa depan bidang pendidikan negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top