Posts tagged blogcikgu
Hari kanak-kanak (Video)
Alhamdulillah, Hari ni SKAD berjaya mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Ada beberapa acara dijalankan sempena sambutan ini.
1. Ucapan Perasmian sambutan oleh Puan GB
2. Perlawanan bola baling antara murid
3. Jamuan kelas.
4. Persembahan murid…
Setiap tahun acara sambutan ini dijalankan di mana-mana sahaja. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Apa sebenarnya sambutan hari kanak-kanak ni??
Latar Belakang
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Objektif Sambutan
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober
sumber: http://www.jkm.gov.my
Di sini ada beberapa video yang sempat saya rakam sebelum bateri kamera saya habis. Kamera pun statik je, just letakkan atas tripod dan rakam.. so faham-faham je la ye…
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Beberapa hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal pula akan menjelma.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali saya
Sempena Syawal yang bakal tiba ini, marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan, lupakan sengketa, lupakan perbalahan. Dan, semoga anda semua memaafkan segala kesilapan yang saya telah lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak kerana Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosa yang telah kita lakukan sesama manusia sehinggalah kita saling bermaafan. Saya juga manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Selamat pulang ke kampung dan berhati-hatilah di jalan raya. Panjang umur, kita bersua lagi, Insya-Allah. Wassalam
