Posts tagged kurikulum standard sekolah rendah

Kssr tahun 3 pada 2013

Advance betul cikgu-cikgu sekarang. Dah mula mencari bahan untuk kssr tahun 3. Sabar dulu cikgu, kssr tahun 3 akan dilaksanakan bermula tahun 2013.

Apabila tiba masanya nanti, saya akan updatekan bahan-bahan kssr tahun 3 tersebut di blogcikgu.com ini..

Bahan-bahan tersebut sebenarnya dah ada. Cuma masih diperingkat draf dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah rintis terpilih. Tiba masanya nanti, pihak BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum) akan mula memanggil Jurulatih utama untuk diberi pendedahan tentang kssr tahun 3 ini.. Pada masa tersebut barulah bahan-bahan kssr tahun 3 akan disebarluaskan..

Muat turun maklumat dan bahan KSSR


Beberapa minggu kebelakangan ini, saya melihat ramai yang mencari maklumat dan bahan tentang KSSR di internet dan memasuki blog ini untuk mendapatkan maklumat tersebut. Ramai yang kecewa kerana hanya sedikit maklumat tentang KSSR yang ada di blog ini. Jadi, saya cuba mencari di google dan terjumpa web Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pahang yang mempunyai banyak maklumat tentang KSSR. Web ini juga sentiasa diupdate dengan maklumat berkaitan KSSR. Antara maklumat yang ada adalah:

1. Bahasa Tamil SJKT (Slaid Power Point)
2. Standard Kandungan Bahasa Tamil versi BM (doc)
3. KSSR Bahasa Cina Tahun 1 (Slaid Power Point)
4. KSSR Matematik (Slaid Power Point)
5. KSSR Pendekatan Moral (Slaid Power Point)
6. KSSR Pendidikan Kesihatan (pdf)
7. TMK Dalam Dunia Sains dan Teknologi (pdf)
8. Taklimat Umum KSSR Ver 3 (pdf)
9. Elemen Keusahawanan
10. Elemen TMK
11. Elemen Kreativiti dan Inovatif
12. EMK Dalam KSSR
13. KSSR Pendidikan Seni Visual

13. KSSR Pendidikan Seni Visual

Untuk memuat-turun bahan-bahan tersebut, sila klik disini

sumber: http://www.akademikpahang.edu.my

ATAU terus dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, SILA KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top