Posts tagged sbpa ceupacs

SBPA batal!!! Updated

Updated 8 Mac 2012

SSM dikekalkan dan ditambah baik.
SBPA dibatalkan
Pelarasan gaji
Gred 1-54 : 13% . Antara RM80- RM320 mengikut gred
Gred utama dan gred khas C, B serta A : 8%
Turus III dan II : 8%
Turus I dan KSN : 7%

Sistem Time based dikekalkan.

Download teks penuh ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Pengumuman YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Sempena Majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama YAB Perdana Menteri Pada 08 Mac 2012 (Khamis) 9.30 Pagi Bertempat Di PICC, Putrajaya

Najib Umum Batal SBPA, Penjawat Awam Kembali Kepada SSM Yang Ditambah Baik
PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini

.

7 Mac 2012

Macam-macam maklumat yang saya dengar. Yang terbaru, dengar kata SBPA akan dibatalkan dan penjawat awam akan kekal bersama skim SMM. Takkan kot?? Setelah berkali-kali bermesyuarat.. SBPA dibatalkan?

Lagi satu, kenaikan gaji juga berubah. Mereka di gred 52 ke bawah naik 13% dan gred 52 ke atas 7%. Betul atau tidak.. Tunggu jela pengumuman rasmi oleh DS Najib.

(more…)

Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2,500 Untuk Gred 1 Hingga Gred 54

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500). (more…)

SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

(more…)

Cuepacs Mahu Temui Najib Isnin Ini Berhubung Opsyen SBPA

KANGAR, 15 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin ini bagi membincangkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata langkah itu susulan keputusan mesyuarat khas Cuepacs yang sebulat suara membantah opsyen dalam SBPA, yang disifatkan tidak begitu adil.

Cuepacs berharap 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen itu sebelum beberapa perkara berbangkit dalam pelaksanaan SBPA dapat dibincangkan dengan Perdana Menteri, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Omar ditemui selepas berakhirnya mesyuarat khas dua hari Cuepacs yang disertai 125 perwakilan dari seluruh negara.
(more…)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top